Bukan semua anak-anak bermula dengan mengenal huruf hijaiyah.
Namun dengan bimbingan guru dan sokongan para penyumbang, mereka kini semakin yakin
membaca, menghafal dan mencintai Kalam Allah.

Setiap minggu, kelas Nadi Al-Quran dipenuhi dengan gelak tawa, semangat dan kesungguhan anak
anak yang datang untuk belajar mengenal Kalam Allah.
Ada yang dahulu masih merangkak membaca Iqra'.
Hari ini mereka sudah mula membaca ayat demi ayat dengan lebih yakin.
Ada yang dahulu malu untuk menyebut huruf-huruf hijaiyah.
Kini mereka berani membaca di hadapan guru dan rakan-rakan.
Semua perkembangan ini berlaku hasil usaha para guru dan sokongan insan-insan baik yang tidak
pernah putus membantu perjuangan pendidikan Al-Quran ini.
Namun perjalanan mereka masih jauh.
Masih ramai anak-anak yang memerlukan kelas, guru, bahan pembelajaran dan sokongan agar
mereka dapat terus belajar tanpa terhenti di pertengahan jalan



Perjalanan Mereka Belum Selesai...
Alhamdulillah, hari ini kita dapat melihat perkembangan yang sangat menggembirakan.
Namun setiap bulan, kelas-kelas ini masih memerlukan dana untuk terus beroperasi.
Selagi ada anak-anak yang mahu belajar Al-Quran...
Selagi itulah mereka memerlukan guru yang membimbing, ruang pembelajaran yang selesa dan
masyarakat yang terus menyokong perjuangan ini.
Jangan biarkan semangat mereka terhenti hanya kerana kekurangan dana.
Bersama-sama kita pastikan mereka terus melangkah menjadi generasi yang mencintai Al-Quran.
(1).jpg)
Pihak kami akan memberikan maklumat pelajar dan
progress anak tajaan kepada tuan puan.
Setiap anak ini pastinya menjadi SAHAM di akhirat kelak.
.jpg)
.jpg)
Mulakan Bulan Julai Dengan Menjadi Asbab Seorang Anak Belajar Al-Quran
Mungkin kita tidak mampu menjadi guru yang mengajar.
Tetapi kita mampu menjadi insan yang membuka jalan agar seorang anak terus belajar membaca
Kalam Allah.
Insya-Allah, setiap huruf yang mereka baca, setiap ayat yang mereka hafal dan setiap ilmu yang
diamalkan akan menjadi saham pahala yang terus mengalir selagi Allah mengizinkan.
Saya Ingin Menjadi Penaja 1 Anak Nadi Al-Quran

(4).jpg)
Sila isi borang dibawah kerana resit akan dihantar terus ke emel untuk tujuan rekod sumbangan.
Nota: Sumbangan akan digunakan bagi tujuan dakwah, operasi dan pemasaran.
Isi borang di bawah untuk menaja sekarang.