TAJAAN ANDA, BEKAL ILMU MEREKASEMOGA MENJADI LADANG PAHALA BERTERUSAN..
“RM100 Sebulan, Boleh Bantu Seorang Anak Terus Belajar & Mengenal Al-Quran..”
Setiap minggu, ratusan anak di Kampung Bahagia, Sandakan tetap hadir ke kelas sementara Nadi Al-Quran untuk mengaji. Jadi Penaja 1 Anak Nadi Al-Quran dengan RM100 sebulan dan bantu seorang daripada mereka terus belajar, bulan demi bulan.
Saya Mahu Jadi Penaja“Kalau Allah lebihkan rezeki, boleh pilih untuk taja seorang Anak Nadi dengan RM100 sebulan. Jika belum berkemampuan, infak umum RM30 juga tetap besar maknanya..”
KELAS MENGAJI TERUS BERJALAN & ADAKOS PEMBELAJARAN PERLU DITAMPUNG SETIAP BULAN..
Pada 19 April 2026, kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan telah menjejaskan tempat pengajian Nadi Al-Quran. Alhamdulillah, pengajian diteruskan di kelas sementara, dan sekitar 538 pelajar sedang belajar di Kampung Bahagia dalam dua sesi.
Bila kelas sudah berjalan, guru perlu terus mengajar, bahan pembelajaran perlu disediakan, dan sewa serta bil utiliti perlu ditampung setiap bulan. Sebab itulah tajaan bulanan sangat penting dan ia bukan sekadar untuk membantu seorang anak belajar hari ini, tetapi untuk memastikan perjalanan ilmu mereka dapat terus berjalan bulan demi bulan.
MEREKA BELAJAR MENGIKUT TAHAP,DARI IQRA’ HINGGA FARDHU AIN
Pusat Nadi Al-Quran menyediakan pendidikan Al-Quran dan asas Fardhu Ain secara percuma, khususnya buat anak-anak yang memerlukan atau mempunyai akses terhad kepada pendidikan agama. Di sini, mereka bukan sekadar belajar mengenal huruf malah dibimbing mengikut tahap melalui modul seperti Iqra’ 1–6, Tajwid, Abahata, Amalillah, Tauhid, Fiqh, Sirah dan Asbabul Nuzul.
Sedikit demi sedikit, mereka belajar membaca, memahami dan membina hubungan yang lebih dekat dengan kalam Allah. Mungkin kita tidak mengajar mereka secara langsung, tetapi sokongan kita boleh jadi sebab perjalanan ilmu itu terus berjalan.
RM100 SEBULANTAJA SATU ANAK, SATU PERJALANAN ILMU..
Melalui kempen “Penaja 1 Anak Nadi Al-Quran”, tajaan RM100 sebulan membantu menampung keperluan pendidikan seorang anak, termasuk Al-Quran, Iqra’, buku, alat tulis, bahan pembelajaran, aktiviti pendidikan, kemudahan belajar serta elaun tenaga pengajar yang membimbing bacaan Al-Quran, Tajwid, hafazan dan Fardhu Ain demi membentuk generasi yang berilmu dan berakhlak mulia.
Saya Mahu Jadi Penaja
“Kalau Allah lebihkan rezeki, boleh pilih untuk taja seorang Anak Nadi dengan RM100 sebulan. Jika belum berkemampuan, infak umum RM30 juga tetap besar maknanya..”
TAJAAN BULANAN YANG BERTERUSANBANTU KELAS KEKAL BEROPERASI..
Setiap bulan, Nadi Al-Quran memerlukan sekitar RM30,000 hingga RM50,000 untuk menampung keperluan pendidikan dan operasi kelas. Bagi memastikan perjalanan ini lebih stabil, kami memerlukan 1000 penaja aktif dengan komitmen RM100 sebulan. Tajaan yang konsisten memudahkan Nadi Al-Quran merancang keperluan guru, bahan pembelajaran dan perjalanan kelas dari bulan ke bulan.
SASARAN:
1000 Penaja (1 Penaja - RM100)
RM30,000 - RM50,000 Sebulan
PENERIMA MANFAAT:
Anak-anak yang mengikuti pengajian Nadi Al-Quran di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah.
(Berdasarkan rekod bertarikh 23 Oktober 2026, terdapat 425 penaja aktif, dan masih berbaki 575 penaja untuk mencapai sasaran 1000.)
DISOKONG KUMPULAN INTEAM
Kumpulan Inteam turut menyokong usaha Nadi Al-Quran membantu anak-anak di Sabah mendekati dan mempelajari Al-Quran.
JADILAH SEBAB MEREKA TERUS TERSENYUM
Mungkin kita tidak pernah bertemu anak-anak di Kampung Bahagia ini. Namun, tajaan yang berterusan boleh bantu pastikan mereka terus membuka Iqra’, membaca Al-Quran dan belajar asas agama setiap hari.
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seseorang manusia meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya.”
(Riwayat Muslim, no. 1631)
“Hari ini kita taja seorang anak, siapa tahu esok dia pula menjadi penyambung ilmu Al-Quran…”
Saya Mahu Jadi Penaja“Kalau Allah lebihkan rezeki, boleh pilih untuk taja seorang Anak Nadi dengan RM100 sebulan. Jika belum berkemampuan, infak umum RM30 juga tetap besar maknanya..”
FAQ:
Siapa yang menerima manfaat?
Sumbangan digunakan untuk apa?
Boleh saya menaja lebih daripada seorang anak?
Adakah saya menerima resit?
Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
SENARAI PAKEJ TAJAAN
Seikhlas Hati - RM30
Taja Seorang Anak Nadi - RM100 (Recommended)
Penaung Generasi Al Quran - RM300
Sahabat Perjuangan - RM500
Pindahan Bank
Maybank
5550 5051 0934
PERTUBUHAN NADI AL QURAN MALAYSIA